recent posts

banner image

10 Makanan Diet Untuk KURUS jika diambil dengan betul

1. Salmon

Ikan Salmon adalah antara ikan yang kaya dengan protein. Protein membina otot. Lebih banyak otot, maka lebih banyak lemak yang akan dibakar. Apa yang lebih menarik lagi, ikan Salmon kaya dengan omega-3 yang akan membantu membakar lebih lemak di badan.

2. Ubi Keledek

ubi keledek ada karbohidrat. Ianya termasuk dalam kategori "slow carb". Ubi keledek akan dicerna secara perlahan-lahan. Kesannya anda akan lambat lapar. Selain itu, ubi keledek ada carotenoids. Komponen ini merupakan antioksida yang akan menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ubi keledek juga kaya dengan vitamin A, C dan B6.

3. Quinoa

Ini adalah sumber protein lengkap. Quinoa mengandungi kesemua rantaian asid amino yang diperlukan otot. Quinoa membantu menghapuskan kandungan lemak di badan. Pada tahun 2015, dalam Journal of Diabetes Investigation, sekumpulan pengkaji mendapati mereka yang makan protein dari sayuran berpotensi melindungi diri daripada metabolic syndrome ( kolestrol tinggi, gula tinggi dan obesiti). Lebih menarik lagi, quinoa mengandungi betaine yang tinggi. Betaine akan menutup gene yang mengalakkan pengedaran lemak.

4. Almond

Pada tahun 2015, Journal of the American Heart Association mengatakan makan 1.5 ounces kacang almond setiap hari akan menurunkan lemak di perut dan peha. Dalam almond ada asid amino L-arginine yang akan membakar lemak dan juga karbohidrat.

5. Greek Yogurt

Bezakan yogurt ini dengan yogurt yang biasa anda makan. Yogurt berperisan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Berbeza dengan Greek Yogurt. Yogurt ini masam dan tidak manis. Greek Yogurt kaya dengan vitamin D dan kalsium. Komponen ini akan memberhentikan hormon kortisol. Hormon kortisol dikenali sebagai hormon stress yang akan menyebabkan lemak melekat pada perut. Sebab itu juga, orang yang stress senang gemuk.

6. Bayam

Ini adalah makanan kegemaran Popeye. Sayur bayam (spinach) merupakan sayur yang penuh tenaga. Dalamnya ada vitamin A, iron dan folate. Kesannya selera makan berkurang sekaligus membantu proses menurunkan berat badan berlebihan.

7. Kulit Kayu Manis

Mulakan pagi anda dengan kulit kayu manis. Orang puteh panggil Cinnamon. Kulit kayu manis akan membantu meningkatkan metabolism badan. Seterusnya mengalakkan pembakar lemak. Kulit kayu manis juga mempunyai polyphenols yang berupaya meningkatkan tahap sensitiviti insulin. Kesannya kandungan gula dalam darah bertambah stabil. Nak makan begitu saja? Hancurkan kulit kayu manis dan tabur pada air teh atau kopi. Minum di pagi hari.

8. Tuna

Macam ikan Salmon, ikan Tuna mmerupakan sumber protein yang bagus. Tuna kaya dengan asid docosahexaenoic (DHA) yang berpotensi menutup gene yang membentuk lemak di abdomen. Sebolehnya cari ikan Tuna yang segar. Kurangkan Tuna dalam tin kerana Tuna dalam tin merupakan processed food. Processed food menggemukkan.

9. Kobis Bunga

Sayuran ini seringkali dimasukkan ke dalam sup seperti tomyam dan sup ayam. Bunga kobis (cauliflower) dikenali sebagai tumbuhan jenis thermogenik. Bunga kobis akan menyebabkan badan membakar lebih kalori apabila memakannya.

10. Teh Hijau

Teh hijau mengandungi antioksida ECGC yang berupaya meningkatkan tahap metabolisma badan. Apabila tahap metabolisma badan meningkat, badan cepat dan senang membakar lemak berlebihan. Teh hijau juga merupakan minuman utama masyarakat Jepun yang hidup sehingga umur 90 tahun.

sumber dari https://listikel.com/makanan-diet-untuk-kurus/


10 Makanan Diet Untuk KURUS jika diambil dengan betul 10 Makanan Diet Untuk KURUS jika diambil dengan betul Reviewed by Zaza PRIME on November 04, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.